Seminar Temuduga Ulul Albab 2025 Persediaan Lengkap Untuk Pelajar Tahun 5 Dan 6 Bersama Fly High Education Centre

Seminar Temuduga Ulul Albab 2025 Persediaan Lengkap Untuk Pelajar Tahun 5 Dan 6 Bersama Fly High Education Centre 



Pernah tak dengar tentang program Ulul Albab yang ditawarkan di sekolah-sekolah agama, MRSM dan SBP terpilih? 

Program ini bukan sekadar aliran biasa, ia menggabungkan hafazan Al-Quran, akademik dan kepimpinan dalam satu pakej lengkap untuk melahirkan generasi Al-Qurani yang hebat dunia akhirat. 

Tapi… untuk layak ke aliran Ulul Albab, pelajar perlu melalui temuduga yang sangat mencabar. Ramai pelajar hebat akademik tapi gagal menonjolkan potensi sebenar semasa temuduga. Di sinilah pentingnya persediaan awal dan latihan praktikal.

Seminar Temuduga Ulul Albab Persediaan Realistik Sebelum Hari Sebenar


Fly High Education Centre dengan bangganya mempersembahkan satu program eksklusif:

SEMINAR TEMUDUGA ULUL ALBAB 2025, khas untuk pelajar Tahun 5 dan Tahun 6 yang berhasrat menyertai aliran Ulul Albab di sekolah menengah agama, MRSM atau SBP. Seminar ini akan dibimbing oleh dua tokoh berpengalaman: 

- Ustaz Joharie, pendidik berpengalaman dalam bidang tahfiz dan pembangunan pelajar,

dan

- Ustazah Dr Widad, pakar dalam bidang pendidikan Islam serta kaunseling pelajar hafazan.

Gabungan dua tenaga ini menjadikan seminar ini unik, praktikal dan sangat berfokus pada keperluan sebenar pelajar.

Apa Yang Anak Akan Pelajari Dalam Seminar Ini?


Program ini bukan sekadar ceramah teori. Ia disusun dengan pendekatan hands-on, interactive dan real simulation agar pelajar betul betul bersedia.

Antara pengisian utama dalam Seminar Temuduga Ulul Albab ialah:

- Tips & Teknik Menjawab Soalan Temuduga
Pelajar akan didedahkan dengan bentuk soalan sebenar yang biasa ditanya dalam sesi temuduga Ulul Albab. Bagaimana nak perkenalkan diri dengan yakin, menjawab soalan agama dengan tepat, dan menunjukkan adab ketika sesi berlangsung. Semuanya diterangkan secara praktikal.

- Slot Hafazan Intensif Dan Simulasi 1 to 1
Bahagian ini membantu pelajar mengulang dan mengukuhkan hafazan mereka. Bukan sekadar hafal, tapi menghafal dengan kefahaman dan tartil. Simulasi satu lawan satu membolehkan pelajar merasai pengalaman sebenar temuduga hafazan.


- Ujian Tahriri (Ujian Bertulis)
Pelajar akan melalui mock test bagi menilai tahap penguasaan mereka terhadap tajwid, tafsir dan hafazan. Ini membantu mereka faham apa juri cari dan bagaimana nak elak kesilapan kecil yang boleh menggugat markah.

- Bimbingan Akhlak Dan Keyakinan Diri
Selain kemahiran hafazan, seminar ini juga memberi tumpuan kepada pembinaan karakter pelajar Ulul Albab iaitu berdisiplin, yakin, sopan dan beradab.

Jadual Seminar Temuduga Ulul Albab


Tarikh: Sabtu, 1 November 2025
Masa: 9.00 pagi – 5.30 petang
Platform: Online (Google Meet / Zoom)
Rakaman Disediakan
Yuran: RM100 sahaja
Terhad kepada 70 pelajar sahaja!

Kenapa Ibu Bapa Pilih Fly High Education Centre?


Fly High Education Centre bukan nama asing di Shah Alam. Sebagai Pusat Tuisyen Pilihan Angkasawan Negara, Fly High telah melahirkan ramai pelajar cemerlang akademik dan hafazan.

Pendekatan kami berasaskan pembelajaran berfokus, berstrategi dan berjiwa. Ianya sesuai dengan keperluan pelajar era moden yang ingin berjaya dalam dua dunia ilmu dan iman. Selain itu, semua sesi kendalian Fly High menggunakan pendekatan yang mesra pelajar dan menyeronokkan.

Kami percaya, bila anak seronok belajar, barulah mereka boleh berkembang dengan sepenuhnya.

Cara Pendaftaran Seminar Temuduga Ulul Albab 2025 


Pendaftaran dibuka sekarang dan tempat sangat terhad kepada 70 pelajar sahaja. Jadi jangan tunggu saat akhir, daftar segera sebelum slot penuh.

Klik salah satu pautan WhatsApp berikut untuk daftar:

Wasap.my/60105093732
Wasap.my/60108158408
Wasap.my/60105403732
Wasap.my/601111228059

Persediaan Awal Kunci Kejayaan


Anak yang bersedia lebih awal pasti lebih tenang dan yakin semasa temuduga. Jangan biar mereka masuk tanpa panduan. Dengan Seminar Temuduga Ulul Albab Fly High Education Centre, ibu bapa bukan sahaja memberi peluang anak bersedia secara akademik, tapi juga membentuk jiwa dan keyakinan seorang hafiz yang berakhlak.

Tentang Fly High Education Centre


Fly High Education Centre ialah pusat tuisyen berpusat di Shah Alam, terkenal sebagai Pusat Tuisyen Pilihan Angkasawan Negara. Selama bertahun tahun, Fly High telah membantu ribuan pelajar sekolah rendah dan menengah mencapai potensi terbaik mereka bukan sekadar dalam peperiksaan, tetapi juga dalam sikap dan semangat belajar.

Dengan pendekatan pembelajaran moden, interaktif dan menyeronokkan, Fly High menggabungkan teknologi, motivasi dan kaedah pengajaran terbukti berkesan untuk memastikan setiap pelajar bukan sahaja faham tetapi juga suka belajar.

Tenaga pengajar kami terdiri daripada guru berpengalaman, pakar subjek dan mentor inspirasi yang benar benar memahami keperluan pelajar masa kini. Kami percaya setiap anak mempunyai potensi luar biasa untuk terbang tinggi, asalkan diberikan bimbingan yang betul, suasana yang positif dan sokongan berterusan.

Dengan reputasi kukuh dalam bidang pendidikan, Fly High Education Centre terus menjadi pilihan utama ibu bapa di Shah Alam dan seluruh Malaysia yang mahu anak mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga berjiwa besar, yakin diri dan bersedia menghadapi masa depan.

Fly High Education Centre Melahirkan Generasi Cemerlang, Berimpian Tinggi dan Terbang Lebih Tinggi 🌹



Comments

  1. All The Best buat semua anak anak yang memohon aliran Ulul Albab

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bengkel Bijak Sifir Bersama Cikgu Shahril – Kaedah Matematik Mudah untuk Anak Kuasai Sifir Dengan Seronok

Set Soalan Latih Tubi UPKK 2025 Latihan Mirip Soalan Sebenar Untuk Anak Lebih Bersedia