Kancil Science Competition 2026 : Pertandingan Sains untuk Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah
Kancil Science Competition 2026: Pertandingan Sains untuk Pelajar Sekolah Rendah & Menengah
Kancil Science Competition 2026 merupakan pertandingan sains tahunan yang direka khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah yang ingin menguji kefahaman, logik serta kemahiran berfikir secara kritis. Pertandingan ini bukan sekadar menguji ingatan fakta tetapi memberi penekanan kepada pemahaman konsep sains sebenar melalui soalan beraras tinggi.
Bagi ibu bapa yang sedang mencari pertandingan sains terbaik untuk anak anak, Kancil Science Competition adalah platform awal yang sesuai untuk membina keyakinan, minat dan kecemerlangan akademik anak dalam bidang sains.
Apa Itu Kancil Science Competition 2026?
Kancil Science Competition 2026 ialah pertandingan sains berperingkat yang terbuka kepada pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 6. Ia dianjurkan untuk menggalakkan budaya berfikir, menyelesaikan masalah dan memahami konsep sains secara mendalam selari dengan keperluan pendidikan masa kini.
Melalui pertandingan ini, pelajar didedahkan kepada soalan yang mencabar minda, bukan hanya berdasarkan hafalan buku teks semata-mata.
Siapa Yang Layak Menyertai?
Pertandingan ini dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut peringkat umur dan tahap pembelajaran:
- ALPHA – Murid Tahun 1, 2 & 3
- BETA – Murid Tahun 4, 5 & 6
- GAMA – Pelajar Tingkatan 1, 2 & 3
- DELTA – Pelajar Tingkatan 4, 5 & 6
Pembahagian kategori ini memastikan tahap soalan bersesuaian dengan kemampuan dan silibus pembelajaran setiap peringkat.
Kenapa Kancil Science Competition Penting untuk Anak?
1. Melatih Pemikiran Kritis Sejak Awal
Pertandingan ini membantu pelajar membina kemahiran berfikir aras tinggi, menganalisis situasi dan membuat keputusan secara logik.
2. Bukan Sekadar Hafal Tetapi Faham
Soalan yang disediakan menguji kefahaman konsep sains sebenar, bukan hanya hafalan fakta.
3. Meningkatkan Keyakinan Diri Pelajar
Pengalaman menyertai pertandingan sains membantu pelajar menjadi lebih yakin dan berani mencuba cabaran akademik.
4. Pendedahan Awal kepada Pertandingan Akademik
Ia merupakan latihan awal sebelum pelajar menyertai pertandingan sains yang lebih besar di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.
Yuran Penyertaan & Lokasi Peperiksaan
Yuran Penyertaan:
- RM60 – Kategori Alpha & Beta
- RM50 – Kategori Gama & Delta
Lokasi Peperiksaan:
Fly High Education Centre, Seksyen 13, Shah Alam.
Cara Pendaftaran Kancil Science Competition 2026
Pendaftaran adalahl terhad dan bergantung kepada kekosongan tempat. Ibu bapa digalakkan mendaftar lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan.
Pertandingan ini sangat sesuai untuk ibu bapa yang ingin melihat potensi sebenar anak mereka dalam bidang sains dan pemikiran kritis.
Slot masih dibuka tapi tempat erhad. Ibu ayah boleh daftar sekarang sebelum tempat penuh:
Wasap.my/60105093732
Wasap.my/60108058408
Wasap.my/60105413755
Wasap.my/601156712078
Kelebihan Daftar Kancil Science Competition Melalui Fly High Education Centre
Bukan semua pendaftaran sama nilainya. Bagi peserta yang mendaftar melalui Fly High Education Centre, ada satu kelebihan besar yang ibu bapa tak patut lepaskan. Sebagai nilai tambah, peserta kategori Alpha dan Beta yang mendaftar melalui Fly High Education Centre akan menerima modul latihan percuma. Modul ini bukan sekadar latihan kosong. Ia disusun sebagai persediaan awal supaya anak;
- Faham bentuk soalan
- Biasakan diri dengan aras pemikiran Kancil Science
- Kurang rasa takut bila masuk dewan peperiksaan
Untuk pengalaman, pendedahan dan latihan mental yang anak dapat, yuran ini sebenarnya pelaburan kecil untuk impak besar.
Anak anak kita bukan robot markah. Mereka manusia kecil yang sedang belajar mengenal dunia dan diri sendiri. Kalau hari ini kita berani beri mereka peluang, insyaAllah esok mereka lebih berani berdiri sendiri dan kalau pun keputusan tak seperti yang diharapkan.. pengalaman itu tetap menang sebab anak dah belajar sesuatu yang jauh lebih mahal daripada sekeping sijil.
Soalan Lazim (FAQ) – Kancil Science Competition 2026
Adakah Kancil Science Competition sesuai untuk semua pelajar?
Ya. Pertandingan ini sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah dengan tahap soalan yang dibahagikan mengikut kategori umur dan silibus.
Adakah pertandingan ini hanya untuk pelajar cemerlang sahaja?
Tidak. Kancil Science Competition terbuka kepada semua pelajar yang ingin mencabar diri dan meningkatkan kemahiran berfikir kritis.
Di manakah lokasi peperiksaan diadakan?
Peperiksaan akan diadakan di Fly High Education Centre, Seksyen 13, Shah Alam. Lokasi yang selesa, terurus dan mesra pelajar. Bukan suasana menekan tapi cukup formal untuk anak belajar fokus dan berdisiplin.
Mengapa ibu bapa perlu daftar awal?
Pendaftaran adalah terhad dan tempat adalah berdasarkan kekosongan. Daftar awal membantu memastikan penyertaan anak tidak terlepas.
Tentang Fly High Education Centre
Fly High Education Centre ialah pusat tuisyen berpusat di Shah Alam, terkenal sebagai Pusat Tuisyen Pilihan Angkasawan Negara. Selama bertahun tahun, Fly High telah membantu ribuan pelajar sekolah rendah dan menengah mencapai potensi terbaik mereka bukan sekadar dalam peperiksaan, tetapi juga dalam sikap dan semangat belajar. Dengan pendekatan pembelajaran moden, interaktif dan menyeronokkan Fly High menggabungkan teknologi, motivasi dan kaedah pengajaran terbukti berkesan untuk memastikan setiap pelajar bukan sahaja faham tetapi juga suka belajar.
Tenaga pengajar kami terdiri daripada guru berpengalaman, pakar subjek dan mentor inspirasi yang benar benar memahami keperluan pelajar masa kini. Kami percaya setiap anak mempunyai potensi luar biasa untuk terbang tinggi, asalkan diberikan bimbingan yang betul, suasana yang positif dan sokongan berterusan.
Dengan reputasi kukuh dalam bidang pendidikan, Fly High Education Centre terus menjadi pilihan utama ibu bapa di Shah Alam dan seluruh Malaysia yang mahu anak mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga berjiwa besar, yakin diri dan bersedia menghadapi masa depan.
Fly High Education Centre Melahirkan Generasi Cemerlang, Berimpian Tinggi dan Terbang Lebih Tinggi 🌹

Comments
Post a Comment