Hari Strok Sedunia 29 Oktober Fahami Tanda Awal Strok Sebelum Terlambat
Hari Strok Sedunia 29 Oktober Fahami Tanda Awal Strok Sebelum Terlambat Hai semua, admin nak kongsi sikit sempena Hari Strok Sedunia yang disambut setiap 29 Oktober setiap tahun. Mungkin ramai yang rasa “alah, strok ni untuk orang tua je kan?” tapi sebenarnya tak semestinya... Zaman sekarang ni, makin ramai orang muda pun dah kena strok. Gaya hidup kita yang serba laju, kerja penuh tekanan, tidur tak cukup dan pemakanan yang tak menentu semua tu boleh jadi faktor utama. Jadi, hari ni admin nak sembang santai tapi penting tentang apa itu strok, tanda-tandanya dan macam mana nak elak. Apa Itu Strok? Strok atau orang kita panggil angin ahmar, I berlaku bila aliran darah ke otak tersekat. Bila darah tak sampai, sel sel otak mula mati sebab tak cukup oksigen dan nutrien. Akibatnya fungsi saraf boleh terganggu, badan boleh jadi lemah sebelah, percakapan boleh berubah dan dalam kes yang teruk boleh lumpuh atau hilang nyawa. Ada dua jenis utama strok: Strok Iskemia – Disebabkan salu...