Hari Strok Sedunia 29 Oktober Fahami Tanda Awal Strok Sebelum Terlambat
Hari Strok Sedunia 29 Oktober Fahami Tanda Awal Strok Sebelum Terlambat
Hai semua, admin nak kongsi sikit sempena Hari Strok Sedunia yang disambut setiap 29 Oktober setiap tahun. Mungkin ramai yang rasa “alah, strok ni untuk orang tua je kan?” tapi sebenarnya tak semestinya...
Zaman sekarang ni, makin ramai orang muda pun dah kena strok.
Gaya hidup kita yang serba laju, kerja penuh tekanan, tidur tak cukup dan pemakanan yang tak menentu semua tu boleh jadi faktor utama. Jadi, hari ni admin nak sembang santai tapi penting tentang apa itu strok, tanda-tandanya dan macam mana nak elak.
Apa Itu Strok?
Strok atau orang kita panggil angin ahmar, I berlaku bila aliran darah ke otak tersekat. Bila darah tak sampai, sel sel otak mula mati sebab tak cukup oksigen dan nutrien. Akibatnya fungsi saraf boleh terganggu, badan boleh jadi lemah sebelah, percakapan boleh berubah dan dalam kes yang teruk boleh lumpuh atau hilang nyawa.
Ada dua jenis utama strok:
Strok Iskemia
– Disebabkan salur darah tersumbat (paling biasa).
Strok Hemoragik
Strok Hemoragik
– Bila salur darah pecah dan pendarahan berlaku dalam otak.
Tak kisah jenis apa pun, dua} dua berbahaya dan perlukan rawatan segera
Admin tahu ramai suka tunggu dulu tengok okay ke tak tapi untuk strok, setiap saat sangat berharga. Kalau lambat rawatan risiko lumpuh kekal atau kematian boleh meningkat. Jadi kalau nampak tanda-tanda ni terus ke hospital jangan tunggu...
Antara tanda tanda utama:
Susah bercakap – Percakapan jadi pelat, tak jelas atau tiba tiba tak boleh cakap.
Tak kisah jenis apa pun, dua} dua berbahaya dan perlukan rawatan segera
Tanda Tanda Awal Strok (Jangan Buat Main)
Admin tahu ramai suka tunggu dulu tengok okay ke tak tapi untuk strok, setiap saat sangat berharga. Kalau lambat rawatan risiko lumpuh kekal atau kematian boleh meningkat. Jadi kalau nampak tanda-tanda ni terus ke hospital jangan tunggu...
Antara tanda tanda utama:
Susah bercakap – Percakapan jadi pelat, tak jelas atau tiba tiba tak boleh cakap.
Sebelah muka jatuh - Bila senyum satu bahagian muka tak bergerak.
Lemah sebelah badan - Tangan atau kaki tiba tiba tak boleh angkat.
Penglihatan kabur - Tiba tiba nampak bayang atau kabur sebelah mata.
Pening teruk & hilang keseimbangan - Rasa berpusing, nak jatuh atau jalan senget.
Kalau nampak tanda ni, ingat perkataan ni: F.A.S.T.
F – Face (Muka): Senyum, tengok sebelah muka jatuh ke tak.
A – Arm (Tangan): Angkat tangan, tengok satu tangan jatuh.
S – Speech (Pertuturan): Boleh cakap dengan jelas ke tak.
T – Time (Masa): Jangan tunggu terus ke hospital segera.
Siapa Yang Berisiko Tinggi Kena Strok?
Strok ni bukan pilih umur, tapi ada beberapa faktor yang buat risiko makin tinggi. Antaranya:
* Tekanan darah tinggi (hypertension)
* Kencing manis
* Kolesterol tinggi
* Merokok
* Berat badan berlebihan
* Stress kronik
* Kurang tidur & kurang bergerak
* Gaya pemakanan tinggi garam dan lemak
Kalau korang ada satu atau lebih faktor ni, tolong ya mula ambil berat dari sekarang. Jangan tunggu badan bagi “wake up call” baru nak berubah.
Cara Cegah Strok Dari Awal Simple Tapi Ramai Abaikan
Jaga pemakanan
Kurangkan makanan tinggi garam, gula & minyak. Lebihkan sayur, buah, bijirin & air kosong.
Bersenam 3–5 kali seminggu
Tak perlu marathon pun. Jalan kaki 30 minit pun dah cukup untuk lancarkan darah dan kurangkan tekanan.
Pantau tekanan darah
Kalau ada family history darah tinggi, pastikan check sekarang kurangnya sekali sebulan.
Berhenti merokok
Rokok bukan saja merosakkan paruparu, tapi juga salur darah penyebab utama strok iskemia.
Urus stres dengan bijak
Bukan semua stres boleh dielak tapi kita boleh kawal reaksi. Amalkan zikir, meditasi, baca Quran atau buat aktiviti yang menenangkan diri.
Tidur yang cukup
Kurang tidur ganggu sistem saraf & hormon. Cuba tidur sekrang kurangnya 6–8 jam sehari.
Strok & Gaya Hidup Moden Kita Sendiri Punca
Realitinya ramai antara kita sibuk mengejar hidup sampai lupa jaga diri. Sarapan skip, makan malam berat, duduk depan laptop berjam jam dan bila badan bagi tanda kita anggap “alah, biasa lah penat kerja”.
Tapi dari situ lah bermulanya risiko strok.
Strok bukan datang tiba tiba, tapi hasil dari bertahun tahun gaya hidup yang tak sihat. Pesan dekat diri sendiri, kalau kita nak anak sihat dan aktif kita pun kena jadi contoh dulu.Badan ni amanah, kalau kita jaga hari ni esok dia jaga kita balik.
Bila Dah Terkena Strok Boleh Pulih Tak?
Boleh. Tapi dengan rawatan awal dan isioterapi yang konsisten. Kunci utama tetap masa. Lagi cepat rawatan diberikan lagi besar peluang untuk pulih sepenuhnya. Hospital sekarang pun dah ada unit khas untuk rawatan kecemasan strok.
Jadi kalau nampak tandatanda pelik jangan tunggu, jangan Google dan jangan makan ubat sendiri. Terus ke hospital.
Hari Strok Sedunia Bukan Sekadar Ambil Tahu, Tapi Ambil Peduli
Setiap tahun, 29 Oktober diraikan sebagai Hari Strok Sedunia (World Stroke Day). Tujuannya mudah supaya masyarakat lebih peka tentang punca, tanda awal, dan kepentingan pencegahan strok.
Bagi Fly High Education Centre, hari ni bukan sekadar tarikh dalam kalender tapi satu peringatan untuk kita semua jaga kesihatan diri dan keluarga. Kita selalu ajar anak tentang akademik tapi jarang ajar tentang kesihatan otak, sedangkan otak lah pusat segala tindakan dan keputusan kita setiap hari.
Jadi sempena Hari Strok Sedunia ni, Admin nak ajak semua:
-Jaga gaya hidup
- Jaga pemakanan
- Minum air cukup
- Jaga kesihatan mental & fizikal
Sebab bila otak sihat, hidup pun lebih berkualiti.
Admin tahu kita semua sibuk tapi jangan sampai sibuk tu buat kita lupa jaga diri. Strok boleh jadi sekelip mata tapi pencegahan boleh kita buat setiap hari. So mulai hari ni, jom kita sama sama ambil langkah kecil makan secara sihat, bergerak, rehat cukup dan kurangkan stres. Biar otak kita kekal segar, hati tenang dan badan kuat.
Jom sama sama sebarkan kesedaran sempena Hari Strok Sedunia 29 Oktober. Satu perkongsian mungkin boleh selamatkan satu nyawa.
#HariStrokSedunia #FlyHighEducation #KesihatanItuRezeki #CegahStrokAwal #TandaAwalStrok #JagaDiriJagaOtak #StrokBukanUntukOrangTua #FlyKongsiInfo #WorldStrokeDay2025 #KesedaranStrok
Tentang Fly High Education Centre
Fly High Education Centre ialah pusat tuisyen berpusat di Shah Alam, terkenal sebagai Pusat Tuisyen Pilihan Angkasawan Negara. Selama bertahun tahun, Fly High telah membantu ribuan pelajar sekolah rendah dan menengah mencapai potensi terbaik mereka bukan sekadar dalam peperiksaan, tetapi juga dalam sikap dan semangat belajar.
Dengan pendekatan pembelajaran moden, interaktif dan menyeronokkan, Fly High menggabungkan teknologi, motivasi dan kaedah pengajaran terbukti berkesan untuk memastikan setiap pelajar bukan sahaja faham tetapi juga suka belajar.
Tenaga pengajar kami terdiri daripada guru berpengalaman, pakar subjek dan mentor inspirasi yang benar benar memahami keperluan pelajar masa kini. Kami percaya setiap anak mempunyai potensi luar biasa untuk terbang tinggi, asalkan diberikan bimbingan yang betul, suasana yang positif dan sokongan berterusan.
Dengan reputasi kukuh dalam bidang pendidikan, Fly High Education Centre terus menjadi pilihan utama ibu bapa di Shah Alam dan seluruh Malaysia yang mahu anak mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga berjiwa besar, yakin diri dan bersedia menghadapi masa depan.
Fly High Education Centre Melahirkan Generasi Cemerlang, Berimpian Tinggi dan Terbang Lebih Tinggi 🌹

Comments
Post a Comment