Money Smart Kids Bengkel Padu Ajar Anak Bijak Urus Duit Dengan Gaya Fun & Santai

Money Smart Kids Bengkel Padu Ajar Anak Bijak Urus Duit Dengan Gaya Fun Dan Santai



Hai Ibu ayah sekitar Shah Alam & Lembah Klang, meh Admin nak share satu benda best untuk anak anak umur 7–12 tahun. Kalau Ibu ayah selalu fikir“macam mana nak ajar anak hargai duit, tapi dengan cara yang tak boring?” haaa ni lah peluangnya... 

Money Smart Kids A Fun Way To Teach Kids About Money



Bukan kelas teori yang duduk diam tu ya tapi satu bengkel interaktif yang buat anak belajar urus duit sambil main, gelak dan faham nilai sebenar rezeki.

Apa yang anak akan belajar (tanpa rasa bosan) 

- Pandai hargai duit
faham duit tu datang dari usaha, bukan magik keluar dari Atm. 
- Minat menabung 
anak belajar beza antara “nak” dengan “perlu”.
- Kenal kehendak & keperluan 
tahu mana patut beli, mana boleh tunggu.
- Aktiviti fun & Islami 
konsep duit, rezeki, sedekah semua dibalut dalam permainan yang best. 


Info Program Money Smart Kids


Tempat: Fly High Education Centre, Seksyen 13, Shah Alam
Tarikh: Ahad, 23 November 2025
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Yuran:
1 Pax: RM199
2 Pax: RM360
3 Pax: RM500

Kenapa Program Ni “Worth Every Sen”?


Sebab anak tak belajar bab duit kat sekolah macam ni. Dalam bengkel ni, mereka belajar dari pengalaman main simulasi jual beli, buat “mini bank” dan buat plan simpanan sendiri.

Yang paling penting, semua ni dibuat dengan fun learning approach. Anak tak stress tapi dapat faham nilai rezeki dengan cara yang dia boleh hadam.

Admin pernah tengok sendiri bila anak dah faham konsep duit ni, dia bukan sekadar jimat tapi jadi lebih bersyukur dan bertanggungjawab. Lagi best bila ada elemen Islamik anak tahu konsep berkat, rezeki, sedekah dan “duit bukan segalagalanya, tapi amanah dari Allah”.

Aktiviti Dalam Bengkel Ni Memang Best:

Money Challenge Game 
– anak belajar urus bajet sambil main.
Tabung Impian 
– buat sendiri tabung impian dan plan simpanan.
Mini Bazaar Anak Bijak Duit 
– main jual beli mini bazaar, guna duit palsu & nilai sebenar.
Cerita Duit & Sedekah 
– penceritaan interaktif untuk pupuk nilai Islamik.

Siapa Yang Sesuai Join MONEY SMART KIDS 



-Anak umur 7–12 tahun yang suka aktiviti hands-on. 
- Ibu ayah yang nak anak faham duit bukan sekadar “belanja habis”
- Keluarga yang nak aktiviti hujung minggu yang bermanfaat, bukan sekadar skrin & gajet


Apa Anak Akan Dapat Lepas Bengkel:
- Rasa tanggungjawab urus duit
- Faham beza kehendak dan keperluan
- Minat menabung secara konsisten
- Seronok belajar dengan cara fun & Islamik+


Tempat TERHAD Daftar Sekarang Sebelum Full


Kalau Ibu Ayah nak anak join, cepat daftar sebelum slot habis sebab tempat terhad. WhatsApp terus untuk pendaftaran:

Wasap.my/60105093732
Wasap.my/60108158408
Wasap.my/60105403732
Wasap.my/601111228059


Anak yang faham nilai duit dari kecil, insyaAllah bila besar dia tahu beza kehendak dan keperluan. Bukan kedekut, tapi bijak urus rezeki. Program Money Smart Kids ni bukan sekadar bengkel, tapi satu investment untuk masa depan anak kita.

Jadi Ibu ayah, jom sama sama didik anak jadi Generasi Bijak Duit bukan Generasi Habis Duit.

Tentang Fly High Education Centre


Fly High Education Centre ialah pusat tuisyen berpusat di Shah Alam, terkenal sebagai Pusat Tuisyen Pilihan Angkasawan Negara. Selama bertahun tahun, Fly High telah membantu ribuan pelajar sekolah rendah dan menengah mencapai potensi terbaik mereka bukan sekadar dalam peperiksaan, tetapi juga dalam sikap dan semangat belajar.

Dengan pendekatan pembelajaran moden, interaktif dan menyeronokkan, Fly High menggabungkan teknologi, motivasi dan kaedah pengajaran terbukti berkesan untuk memastikan setiap pelajar bukan sahaja faham tetapi juga suka belajar.

Tenaga pengajar kami terdiri daripada guru berpengalaman, pakar subjek dan mentor inspirasi yang benar benar memahami keperluan pelajar masa kini. Kami percaya setiap anak mempunyai potensi luar biasa untuk terbang tinggi, asalkan diberikan bimbingan yang betul, suasana yang positif dan sokongan berterusan.

Dengan reputasi kukuh dalam bidang pendidikan, Fly High Education Centre terus menjadi pilihan utama ibu bapa di Shah Alam dan seluruh Malaysia yang mahu anak mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga berjiwa besar, yakin diri dan bersedia menghadapi masa depan.

Fly High Education Centre Melahirkan Generasi Cemerlang, Berimpian Tinggi dan Terbang Lebih Tinggi 🌹


Comments

Popular posts from this blog

Seminar Temuduga Ulul Albab 2025 Persediaan Lengkap Untuk Pelajar Tahun 5 Dan 6 Bersama Fly High Education Centre

Bengkel Bijak Sifir Bersama Cikgu Shahril – Kaedah Matematik Mudah untuk Anak Kuasai Sifir Dengan Seronok

Set Soalan Latih Tubi UPKK 2025 Latihan Mirip Soalan Sebenar Untuk Anak Lebih Bersedia