Bengkel Bijak Sifir Bersama Cikgu Shahril – Kaedah Matematik Mudah untuk Anak Kuasai Sifir Dengan Seronok

Bengkel Bijak Sifir Bersama Cikgu Shahril – Kaedah Matematik Mudah untuk Anak Kuasai Sifir Dengan Seronok




Dalam dunia pembelajaran hari ini, salah satu cabaran besar yang dihadapi oleh ramai murid sekolah rendah ialah menghafal sifir. Ramai ibu bapa mengadu anak mereka sukar mengingat sifir, cepat lupa atau tidak faham konsep asas darab dan bahagi. Namun kini, ada satu solusi yang terbukti berkesan dan menyeronokkan iaitu Bengkel Bijak Sifir Bersama Cikgu Shahril anjuran Fly High Education Centre, Pusat Tuisyen Pilihan Angkasawan Negara.

Program ini direka khas untuk membantu murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3) dan Tahap 2 (Tahun 4, 5 & 6) menguasai sifir dengan cara lebih mudah, kreatif dan berkesan.


Apa Itu Bengkel Bijak Sifir?

Bengkel Bijak Sifir ialah satu program pembelajaran matematik interaktif yang dilaksanakan secara kelas online melalui Zoom, di mana murid akan dibimbing terus oleh GB Shahril, seorang guru pakar dan cemerlang Matematik yang tersenarai dalam Top 5 Malaysia Teacher Prize 2022.

Program ini bukan sekadar hafalan sifir, tetapi lebih kepada pemahaman konsep darab dan bahagi melalui teknik visual, logik, dan permainan matematik. Kaedah ini membantu anak-anak:

- Faham apa maksud sifir, bukan sekadar hafal tanpa erti. 

- Ingat sifir dengan cara yang menyeronokkan dan mudah.

- Boleh guna sifir dengan pantas dalam soalan harian Matematik.

- Naikkan keyakinan diri semasa menjawab soalan Matematik di sekolah.

Mengapa Anak Perlu Kuasai Sifir Awal?


Ramai murid yang lemah dalam topik Matematik seperti bahagi, pecahan atau perpuluhan sebenarnya berpunca daripada tidak menguasai sifir dengan kukuh.

Sifir ialah asas utama Matematik sama seperti abjad dalam Bahasa Melayu atau nombor dalam operasi asas. Jika anak tidak faham sifir, mereka akan mudah rasa bosan, hilang minat dan ketinggalan dalam topik yang lebih mencabar.

Dengan Bengkel Bijak Sifir anak anak bukan sahaja belajar sifir, tetapi juga:

- Belajar teknik cepat darab tanpa perlu tekan kalkulator.

- Faham pola dan logik sifir (contohnya sifir 9, sifir 11, dan sifir ganjil).

- Belajar cara bina peta minda sifir untuk hafalan pantas.

Siapa Cikgu Shahril?


GB Shahril ialah seorang guru Matematik berpengalaman luas dan dikenali dengan kaedah pembelajaran yang unik dan menyeronokkan. Beliau merupakan antara Top 5 Malaysia Teacher Prize 2022 dan sering dijemput untuk berkongsi teknik pengajaran inovatif di pelbagai peringkat sekolah dan Negeri. 

Beliau terkenal dengan pendekatan “Matematik Seronok dan Mudah Faham”, yang membantu ribuan murid meningkatkan markah dan keyakinan mereka dalam subjek Matematik.

Dalam bengkel ini, Cikgu Shahril akan membimbing anak anak langkah demi langkah untuk memahami sifir dengan cara yang lebih visual, mudah diingat dan menyeronokkan bukan dengan paksaan atau hafalan semata mata.

Jadual Bengkel Bijak Sifir 2025


Program ini dibahagikan kepada dua peringkat supaya lebih fokus dan sesuai dengan tahap umur pelajar:


- Tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3)
Tarikh: 4 & 11 November 2025 (Setiap Hari Selasa)
Masa: 8.00 malam – 9.30 malam
Yuran: RM50

- Tahap 2 (Tahun 4, 5 & 6)
Tarikh: 8 & 15 November 2025 (Setiap Hari Sabtu)
Masa: 10.30 pagi – 12.00 tengah hari
Yuran: RM50

Platform: Kelas Online (Zoom)

Siapa Patut Sertai Bengkel INI? 


Bengkel ini sesuai untuk: 

-Anak yang belum hafal sifir sepenuhnya.
- Murid yang selalu keliru dengan sifir 6 hingga 9.
- Anak yang cepat lupa bila sebut sifir.
- Pelajar yang lemah dalam topik darab & bahagi.
- Ibu bapa yang nak bantu anak tingkatkan prestasi Matematik. 

Tak kisah anak sekolah rendah Tahap 1 atau Tahap 2 semua boleh sertai sebab kaedahnya direka khas untuk setiap peringkat umur.

Kelebihan Bengkel Bijak Sifir


1. Kaedah Mudah dan Interaktif – Anak belajar melalui aktiviti menyeronokkan bukan hafalan kaku.

2. Guru Pakar Matematik – Dibimbing oleh GB Shahril yang berpengalaman luas.

3. Kelas Online Secara Langsung – Tak perlu keluar rumah hanya perlukan telefon atau laptop.

4. Yuran Murah, Impak Tinggi – Hanya RM50 untuk 2 sesi intensif penuh manfaat.

5. Nota dan Latihan Disediakan – Setiap murid akan menerima bahan pembelajaran untuk ulang kaji.

6. Sesuai untuk Semua Tahap – Dari Tahun 1 hingga Tahun 6, setiap anak akan belajar ikut tahap mereka.

Cara Daftar Bengkel Bijak Sifir


Tempat adalah terhad kerana bengkel ini dijalankan secara interaktif dan BERFOKUS. Ibu bapa yang berminat boleh mendaftar segera melalui WhatsApp di nombor berikut:

wasap.my/60105093732
wasap.my/60105403732
wasap.my/60108158408
wasap.my/601156712078

Bengkel Bijak Sifir Bersama Cikgu Shahril bukan sekadar kelas Matematik biasa ia satu pengalaman pembelajaran menyeronokkan yang akan membuka mata anak anak terhadap keindahan Matematik. 

Dengan yuran hanya RM50, ibu bapa boleh bantu anak bina asas kukuh sifir dan ubah pandangan mereka terhadap Matematik daripada “susah dan bosan” menjadi “seronok dan senang”. Jangan tunggu lagi. Tempat terhad. Daftar segera untuk bantu anak kuasai sifir dan jadi bijak Matematik.

Tentang Fly High Education Centre


Fly High Education Centre ialah pusat tuisyen berpusat di Shah Alam, terkenal sebagai Pusat Tuisyen Pilihan Angkasawan Negara. Selama bertahun tahun, Fly High telah membantu ribuan pelajar sekolah rendah dan menengah mencapai potensi terbaik mereka bukan sekadar dalam peperiksaan, tetapi juga dalam sikap dan semangat belajar.

Dengan pendekatan pembelajaran moden, interaktif dan menyeronokkan, Fly High menggabungkan teknologi, motivasi dan kaedah pengajaran terbukti berkesan untuk memastikan setiap pelajar bukan sahaja faham tetapi juga suka belajar.

Tenaga pengajar kami terdiri daripada guru berpengalaman, pakar subjek dan mentor inspirasi yang benar benar memahami keperluan pelajar masa kini. Kami percaya setiap anak mempunyai potensi luar biasa untuk terbang tinggi, asalkan diberikan bimbingan yang betul, suasana yang positif dan sokongan berterusan.

Dengan reputasi kukuh dalam bidang pendidikan, Fly High Education Centre terus menjadi pilihan utama ibu bapa di Shah Alam dan seluruh Malaysia yang mahu anak mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga berjiwa besar, yakin diri dan bersedia menghadapi masa depan.

Fly High Education Centre Melahirkan Generasi Cemerlang, Berimpian Tinggi dan Terbang Lebih Tinggi 🌹


Comments

  1. Bagus bengkel macam ni bagi anak anak minat Matematik ..GB Shahril terbaik .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Seminar Temuduga Ulul Albab 2025 Persediaan Lengkap Untuk Pelajar Tahun 5 Dan 6 Bersama Fly High Education Centre

Set Soalan Latih Tubi UPKK 2025 Latihan Mirip Soalan Sebenar Untuk Anak Lebih Bersedia