Kelas Trial Percuma Robotik 2025 Untuk Anak Belajar Teknologi Dengan Cara Paling Seronok
Kelas Trial Percuma Robotik 2025 Anak Belajar Teknologi Dengan Cara Paling Seronok
Pernah tak ibu ayah tengok anak leka main game ROBLOX, Minecraft atau suka buka YouTube tengok orang buat benda pelik pelik dengan robot?
Kadang kita pun terfikir, kalau anak aku boleh buat benda macam tu, mesti seronok kan? Ha… inilah peluangnya...
Esok malam ada KELAS TRIAL PERCUMA ROBOTIK 2025 anjuran Fly High Education Centre khas untuk anak umur 7 hingga 17 tahun. Satu jam je, tapi confirm bagi impak besar kat anak.
Belajar Robotik Ni Macam Mana Sebenarnya?
Ramai orang ingat robotik ni susah. Padahal kalau anak diajar dengan cara yang betul, robotik ni boleh jadi antara subjek paling seronok dalam hidup mereka.
Dalam kelas ni nanti, anak-anak akan belajar:
- Apa itu robotik & coding (dengan cara yang mereka boleh faham)
- Macam mana nak buat robot bergerak ikut arahan mereka sendiri
- Cara fikir logik dan kreatif bila selesaikan masalah
Semua ni diajar dengan gaya main sambil belajar, bukan gaya kaku atau boring. Anak rasa macam tengah main game, tapi sebenarnya otak dia tengah berkembang.
Platform: Aplikasi Zoom
Tarikh: 27 Oktober 2025 (Isnin)
Masa: 8.00 malam – 9.00 malam
Percuma untuk semua anak umur 7 – 17 tahun
- Apa itu robotik & coding (dengan cara yang mereka boleh faham)
- Macam mana nak buat robot bergerak ikut arahan mereka sendiri
- Cara fikir logik dan kreatif bila selesaikan masalah
Semua ni diajar dengan gaya main sambil belajar, bukan gaya kaku atau boring. Anak rasa macam tengah main game, tapi sebenarnya otak dia tengah berkembang.
Butiran Kelas Percuma Esok.
Platform: Aplikasi Zoom
Tarikh: 27 Oktober 2025 (Isnin)
Masa: 8.00 malam – 9.00 malam
Percuma untuk semua anak umur 7 – 17 tahun
Senang Je Nak Join. Tak perlu keluar rumah. Cuma guna telefon, tablet, atau laptop terus boleh masuk Zoom. Cuma perlu klik link ni untuk join:
Siapa Patut Sertai Kelas Ni?
Kalau anak Ibu ayah suka teknologi, game atau benda pelik pelik yang boleh bergerak, suka cuba benda baru
dan cepat bosan kalau belajar teori semata...maka kelas ni memang untuk dia. Tak kisah anak tu jenis aktif, pendiam atau baru nak mula.. kelas ni direka supaya semua anak boleh ikut, tanpa rasa aku tak pandai.
Kenapa Anak Suka Dengan Kelas Robotik Ni?
Sebab robotik bukan sekadar tentang robot. Ia tentang cara berfikir, kreativiti dan keyakinan diri.
Admin pernah nampak sendiri macam mana kelas robotik boleh ubah anak yang pemalu jadi lebih berani bercakap.
Anak yang dulunya cepat give up, tiba-tiba jadi penyabar sebab nak siapkan projek dia. Anak yang tak minat sains pun boleh jatuh cinta dengan teknologi sebab rupa-rupanya coding ni fun....
Kelebihan Kelas Robotik Untuk Anak Anak
1. Bina asas kemahiran masa depan
Robotik dan coding ni dah jadi bahasa dunia moden. Siapa yang faham awal, dia ada kelebihan besar bila masuk sekolah menengah nanti.
2. Belajar cara seronok, bukan terpaksa
Dalam kelas ni, anak-anak tak duduk diam dengar ceramah. Mereka buat aktiviti, explore dan nampak hasil kerja sendiri.
3. Kembangkan cara fikir & kreativiti
Robotik ajar anak berfikir langkah demi langkah. Dari situ mereka belajar sabar, berstrategi dan cari penyelesaian.
4. Guru mesra & faham dunia anak
Tenaga pengajar dalam program ni bukan calang calang. Mereka pandai berbahasa dengan anak anak, bukan cakap teori tinggi tinggi yang buat anak blur..
Anak anak zaman sekarang hidup dalam dunia teknologi. Kalau kita tak bagi mereka peluang belajar dari awal, nanti mereka cuma jadi pengguna bukan pencipta.
Kelas robotik ni macam benih kecil yang kita tanam hari ni…Siapa tahu, mungkin dari sinilah lahir ya jurutera, pereka robot atau pakar teknologi masa depan Malaysia.
Jadi ibu ayah, jangan pandang ringan peluang ni. Kelas ni percuma, tapi nilai dia besar untuk masa depan anak kita.
Jumpa esok malam dalam Kelas Trial Percuma Robotik 2025. Biar anak mula langkah pertama ke dunia teknologi dengan penuh semangat dan senyuman.
Tentang Fly High Education Centre
Dengan pendekatan pembelajaran moden, interaktif dan menyeronokkan, Fly High menggabungkan teknologi, motivasi dan kaedah pengajaran terbukti berkesan untuk memastikan setiap pelajar bukan sahaja faham tetapi juga suka belajar.
Tenaga pengajar kami terdiri daripada guru berpengalaman, pakar subjek dan mentor inspirasi yang benar benar memahami keperluan pelajar masa kini. Kami percaya setiap anak mempunyai potensi luar biasa untuk terbang tinggi, asalkan diberikan bimbingan yang betul, suasana yang positif dan sokongan berterusan.
Dengan reputasi kukuh dalam bidang pendidikan, Fly High Education Centre terus menjadi pilihan utama ibu bapa di Shah Alam dan seluruh Malaysia yang mahu anak mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga berjiwa besar, yakin diri dan bersedia menghadapi masa depan.
Fly High Education Centre Melahirkan Generasi Cemerlang, Berimpian Tinggi dan Terbang Lebih Tinggi 🌹

Wah menarik ... Nnt nak minta anak join jugak la..
ReplyDelete